FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK PDF

Mereka rasa mereka bukan lelaki sejati apabila mereka dewasa dan yang amat menakutkan isalah kebanyakan daripada mereka berakhir dengan mereka sendiri menjadi pesalah tersebut, kerana mereka beranggapan lelaki sejati tidak mudah disakiti Dan lelaki sejati adalah kebal. Mereka cuba menutup rasa malu dan kekurangan dengan mengambil alih peranan sebagai penyerang. Bagi perempuan, sedikit sahaja Mereka cuba menutup rasa malu dan kekurangan dengan mengambil alih peranan sebagai penyerang Bagi perempuan, sedikit sahaja menjadi penganggu seksual. Jadi, adalah lebih penting ibu-bapa mendidik anak lelaki. Di jalan yang sunyi, ada kemungkinana mereka akan dilarikan. Dengan ini, bukan maksud nya untuk merenggangkan persahabatan mereka, tetapi hanya berhati-hati.

Author:Zurr Zulur
Country:Slovenia
Language:English (Spanish)
Genre:Travel
Published (Last):1 January 2007
Pages:119
PDF File Size:9.3 Mb
ePub File Size:1.93 Mb
ISBN:986-3-63289-523-7
Downloads:45153
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Ditaur



Anu Ratha Isu moral yang dipilih : Penderaan kanak-kanak Rasional memilih isu moral Penderaan kanak-kanak Saya memilih isu moral ini kerana penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu isu moral yang hangat diperkatakan sejak dahulu sampai sekarang. Isu Moral ini juga sentiasa dipaparkan di dada akhbar dan kian meningkat hari demi hari.

Isu penderaan kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak- kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga berita menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian di media massa.

Masyarakat seterusnya menjadi lebih peka atau kurang peka bergantung pada peranan dan persepsi individu terhadap setiap kes yang berlaku. Jadi saya ingin menjadi individu yang peka terhadap isu penderaan kanak-kanak ini. Penderaan kanak - kanak 1 Pendahuluan Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak iaitu mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:- 1. Penderaan fizikal kanak-kanak. Penderaan mental kanak-kanak. Penderaan seksual kanak-kanak. Penderaan fizikal kanak-kanak Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

Penderaan mental kanak-kanak Terdapat lima kategori tingkah laku buruk ibu bapa yang dikelaskan sebagai penderaan emosi ialah:- 1. Penolakan 2. Pengasingan 3. Menakutkan 4. Sikap tidak peduli 5. Sikap merasuah fikiran Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi.

Penderaan kanak - kanak 2 3. Penderaan seksual kanak-kanak Tindakan itu dianggap penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah apabila seorang kanak-kanak dieksploi-tasi untuk kepuasan seksual oleh seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua daripada mangsa. Jika seseorang kanak-kanak itu telah disetubuhi oleh seorang ahli keluarganya, ia dikenali sebagai sumbang mahram.

Harus memberikan latihan yang secukupnya Kecatatan pada anggota kepada pengasuh dan fizika kanak — kanak. Pengasuh dan penjaga yang panas baran. Penderaan kanak - kanak 4 Harus mengadakan kaunseling keluarga bahagia untuk Emosi dan perkembangan menyedarkan ibu bapa. Krisis rumah sahsiah kanak — kanak tangga terjejas. Kanak — kanak menjadi Pendera yang Kurangnya agresif dan mudah dikenalpasti harus didikan agama terangsang dengan diberikan didikan agama. Mempertingkatkan Perubahan tingkahlaku Gagal mengawal penguatkuasaan undang- kanak — kanak seperti nafsu seks undang ke atas pendera takut, marah dan kanak-kanak.

Penderaan kanak - kanak 5 Huraian punca, kesan dan langkah-langkah mengatasi penderaan kanak-kanak Huraian punca — punca penderaan kanak — kanak Pada zaman yang penuh dengan pembangunan ini, masyarakat kini semakin rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin terhadap masyarakat yang lain. Mereka kini sudah menetapkan sifat persaingan antara masyarakat kini sangat penting untuk menjadi yang terbaik dan mendapat kehidupan yang baik. Sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak juga semakin meningkat pada akhir-akhir ini.

Sifat keibubapaan dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh sebab itu, kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat. Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak- kanak. Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.

Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu atau bapa akan di marahi atau dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan terdapat lebam-lebam pada anggota badan. Ibu bapa yang melakukan perkara yang sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan terhadap anak-anak mereka yang mereka sakiti.

Nilai moral seperti sifat perikemanusiaan dan kasih sayang yang tidak kukuh dalam diri akan mudah hilang jika mereka tidak mengamalkan nilai-nilai moral tersebut.

Selain itu, punca paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama.

Ilmu agama adalah sangat penting dalam hidup setiap individu. Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang sesuatu perkara yang baik ataupun buruk.

Mereka yang tidak mempunyai didikan agama mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi Penderaan kanak - kanak 6 panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya.

Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya anak-anak dengan baik. Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai akal fikiran, kita seharusnya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mendera kanak-kanak adalah perbuatan yang salah kerana kanak-kanak merupakn amanah yang dititipkan olah Tuhan kepada kita untuk meneruskan generasi.

Sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur di kurniakan anak bukannya mendera mereka. Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini.

Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini.

Di Malaysia, banyak kes yang telah timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras, tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku. Penderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuk di pusat asuhan kanak- kanak.

Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang mereka tidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendak dihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulah mereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil rendah perkara tersebut. Penderaan kanak - kanak 7 Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi punca terjadinya kes penderaan kanak-kanak.

Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal.

Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak- anak yang tidak berdosa. Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap lapisan masyarakat pada masa kini.

Aksi-aksi yang di paparkan ini akan memanipulasikan pemikiran dan mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara tidak langsung , ibu atau bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah mereka saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan negative perbuatan tersebut.

Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut merupakan penderaan bagi kanak-kanak. Ibu dan ayah tiri juga adalah salah satu punca yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak.

Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah.

Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak- kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada kebiasaannya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.

Penderaan kanak - kanak 8 Kurangnya perhatian ibu bapa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak — kanak. Ada ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang.

Jika kanak-kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

Penderaan kanak - kanak 9 Huraian kesan — kesan penderaan kanak — kanak Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat membantah. Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan menjejaskan perkembangan emosi mereka. Apabila emosi mereka terjejas,ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka.

Selain itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak- kanak sentiasa berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu. Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Ia juga akan membuatkan kanak- kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif.

Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah. Penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku.

DEFILERS AND PRESERVERS THE WIZARDS OF ATHAS PDF

PENDERAAN KANAK-KANAK

Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen.

KIEMELKED LETET TEREMTHETSZ PDF

Anu Ratha Isu moral yang dipilih : Penderaan kanak-kanak Rasional memilih isu moral Penderaan kanak-kanak Saya memilih isu moral ini kerana penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu isu moral yang hangat diperkatakan sejak dahulu sampai sekarang. Isu Moral ini juga sentiasa dipaparkan di dada akhbar dan kian meningkat hari demi hari. Isu penderaan kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak- kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga berita menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian di media massa.

FRIENDS NOT MASTERS BY AYUB KHAN PDF

Teori-teori psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan social tertentu. Faktor Teori Psikologikal Ibu Bapa Pertengkaran Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsur memberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat.

Related Articles